Cahaya mentari yang terik seperti biasa terasa lain hari ini
malah angin mulus terasa sangat berharga
langit yang biasa terlihat aneh
ia kini sangat mempersonakan
rupanya dia puncanya
Aku tak tahu bila ia bermula, atau bagaimana semuanya bermula Tetapi sedar-sedar aku telah diciptakan untuk melihat dunia yang penuh tanda tanya Siapa keluarga aku ? Siapa aku ?
Malam yang samar-samar, terdapat sebuah rumah yang usang, di tembok pagar tersebut tertulis ‘Rumah anak yatim Thersa’. Daim tersedar dari mimpinya. Dia merasa pelik akan mimpi tersebut dan terus menyelidik tentang kewujudan rumah itu
Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan dari aku seorang anak jati negeri jelapang padi, Kedah yang kini bergelar seorang mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Demi sebuah cerpen yang bakal aku hasilkan, aku terbitkan blog ini bagi mengisi segala coretan, idea, dan ilham yang bernas kepada semua pembaca. Semoga segala urusan ku dipermudahkan oleh Tuhan yang maha Esa.
Comments
Post a Comment