Aku tak tahu bila ia bermula,
atau bagaimana semuanya bermula
Tetapi sedar-sedar aku telah diciptakan
untuk melihat dunia yang penuh tanda tanya
Siapa keluarga aku ?
Siapa aku ?
Assalamualaikum wbt, Salam perkenalan dari aku seorang anak jati negeri jelapang padi, Kedah yang kini bergelar seorang mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Demi sebuah cerpen yang bakal aku hasilkan, aku terbitkan blog ini bagi mengisi segala coretan, idea, dan ilham yang bernas kepada semua pembaca. Semoga segala urusan ku dipermudahkan oleh Tuhan yang maha Esa.
Dosa itu tidak akan sesekali memuaskan nafsu manusia Dosa itu membuat manusia ketagih untuk mengulanginya Dosa itu menyeksa hati dan memati jiwa manusia Begitulah manusia yang takkan terlepas daripada ujian dosa.
Comments
Post a Comment